tahun pertama mula-mula jumpa snow..
OOOO.... seputih kapas dan selembut salju.. tulah rasa snow masa mula-mula aku sampai di U.S. ni.. masa tu excited gilerr.. ketibaan snow memang dinantikan.. tapi bila dah tahun kedua ni perasaan tu biasa jerr tak lah macam mula-mula menyentuh snow... tapi snow kali ni agak lebat gak dan kasar-kasar.. sampaikan masa berjalan untuk mendapatkan kereta sempat lah juga tertelan snow yang masuk di mulut.. apa lagi telan jelah.. tak da rasa apa pun tawar jerrr.. tapi rasanya snow ni boleh disedapkan kalu dicampur dengan kacang merah, jagung, cincau, air gula merah, sirap dan buh ais krim seketul kat atasnya... macam yang k.eton/En. Aznan selalu buat bila kita berkelah kat park..
Bersempana dengan turunnya snow ni, kita nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada k.Jamilah yang b'daynya jatuh 5 Disember.. hari ni lerrr...yang ke berapa tak taulah.. Didoakan selamat panjang umur, murah rezeki serta berbahagia dengan keluarga tersayang sehingga ke akhir hayat...ada nak buat b'day party kerrr??? kalu ada jangan lupa jemput yaaaa..