Sunday, January 27, 2008

Picture Continue from Liberty Mountain Tubing

Gambar-gambar kenangan di Liberty Mountain semasa tubing.. Berpoloh den dibueknya masa nak buat clip video ni.. mana tidaknya gambar yang dimasukkan tiba-tiba kena pangkah dan hilang, gambar yang patut didulukan jadi kemudian yang kemudian jadi dulu.. eeeee... gerammmmmm dibuatnya.. tapi tak palah tu semua pengalaman untuk menjadi Director. So Enjoy the video clip!!!!

permulaan tubing yang menyeronokkan

Saturday, January 26, 2008

TUBING AT LIBERTY MOUNTAIN

menunggu sebelum turun tubing

di pertengahan jalan yang menyeronokkan

Hai seronoknyalah yang tak terhingga... hari ni dalam sejarah hidup buat pertama kalinya aku dan razi pergi tubing di Liberty Mountain... memang cantik dan menarik sungguh tempat ni. Bila terpandangkan bukit putih tinggi di hadapan mata ni.. dalam hati terus tertanya-tanya "boleh ke aku turun dari tempat yang tinggi ni ke bawah hanya dengan menggunakan tube??? Kecut perut gak dibuatnya mana tak masa pergi Florida naik roller coster husband ada bersama so semangat tu lainlah gak but this time hanya bergantung harap dan semangat dengan anak bujang sorang ni... tapi disebabkan semangat nak mencuba tu mengatasi segalanya maka for the first time in my life here I am - Ummi the great tubing!!!


razi dengan muka boringnya menunggu giliran untuk tubing


Ya Allah dalam hati masa tube tu menjunam ke bawah hanya Allah jerr yang tau cam mana kecutnya dan betap derasnya denyutan jantung ni berdegup tapi nasib baiklah aku ditemani oleh C.Siti Zubaidah yang berada di depan aku dan memegang tali tube sebelum ianya terus terjunam ke bawah... dalam terus menjunam tu sempat aku melihat betapa indahnya tempat di sekeliling tu dan terus aku menjerit, C.Siti one more time!!!! Fuh!! hilang rasa takut dah bila tubing ni rupanya begitu menyeronokkan... di tambah lagi dengan galakan dari kawan-kawan yang turut serta dalam rombongan Tubing di Liberty Mountain ni - En. Isham & family, C.Siti & Family, En. Zainal & family, Azah & family dan tidak ketinggalan dua orang bujang Mr. Amir and Mr. Ram Singh.. berbagai gaya terjunan dan menjunam ditunjukkan.. dari duduk hinggalah telentang/ terlangkup macam superman nak terbang.. budak-budak memang paling seronok tapi kalau tengok parentsnya lagilah kelakar.. Lily and K. Jamilah pun tak ketinggalan mencuba gaya superman (cayalah wa respect sama lu)..


En. Isham, Lily, Shahirah menunggu giliran masing-masing

Kalau nak citer keseronokkan tubing ni memang tak habis... so kalau ada siapa-siapa di antara rakan-rakan yang belum lagi mencuba tubing.. pergilah dan rasailah keseronokannya... lily kata next time kita datang tak main dah tubing kita main skating lak...

Anyway thank you to En. Isham yang sudi nak membawa kami-kami ni p tubing.. next time kalau p lagi jangan lupa kami ya... (next time may be we can go for skating)



dah selamat turun (masih boleh senyum lagi)


Lily, Tatik & Ummi on the way nak g beratur tubing lagi (excited gilerrr..)


Kami juga bertempung dengan k.saimun & family yang tiba lebih kurang jam 10.00 a.m. Apa lagi bertambah excited la budak-budak ni bila dah bertambah member hinggakan tak sedar masa 2 jam yang diberi begitu singkat (dari jam 9.00 - 11.00 pg.). Anak-anak yang sedang excited (Honey & Aishah especially) terpaksa dipanggil untuk berhenti coz dari jauh dah nampak macam nak beratur lagi.. So lebih kurang jam 11.30 a.m. kami meninggalkan Liberty Mountain dan menuju pula ke sebuah lake yang berhampiran untuk mengisi perut yang dah mula bernyanyi-nyanyi... Perjalanan seterusnya... Hagez Town..


Fuh sedapnya nasi lemak... lapar sungguh ni!!!



anak-anak yang begitu excited dengan tubing


bergambar bersama di lake selepas makan


keceriaan, keseronokan dan kepuasan selepas tubing dan makan

Note : Untuk suami tersayang... t bila abg datang mie bawak g tubing yeeeee...

Sunday, January 6, 2008

FLORIDA WELCOME YOU!!!

parents yang over excited

Hai seronok yang tak terkata semasa di dalam perjalanan menuju ke Disneyland.. macam2 gelagat ada, semuanya yang menggembirakan.. paling seronok budak2 lah.. tapi tak kurang gak dengan mak ayahnya... ada sesetengah tu mak ayah lagi excited dari anak2.. rombongan ke Disneyland ni terdiri dari C.Siti & family, En. Zainal & family, K.Saimun & Family, penulis & family (ummi la tu) and sigadis pendiam Fiza (JPA).. diam2 ubi berisi gitu..


Perjalanan ke Disneyland kami singgah gak ke beberapa tempat antaranya yang paling seronok di Children Museum.. bukan kata budak2 je yang excited tapi tengoklah gambar mak nyah yang kat bawah ni.. kenal tak??? Budak2 lak sibuk dengan telatah masing2 mencuba berbagai macam barangan permainan.





gedik sungguh

semangat juang ala2 combat

tentera wataniah dengan semangat & senyuman




dua orang bodyguard menjaga sipembaca berita takut dilarikan gerila


Sambil singgah2 melihat tempat2 menarik bila perut lapor kenalah berenti makan.. takut lak kalu driver lapor t.. Hai bila dah ramai ni makan apa pun sedap jerrr... k.jamilah dengan masakan ayam masak merah dan nasi minyaknya.. tatik dengan rendang dagingnya dan adalah juga sambal2 ikan bilis dan lauk2 lain.. ummi bawa gak.. bawa perut dengan sardin, telur, maggi yang belum dimasak.. tapi akhirnya bekalan yang dibawa tu habis gak bila makanan tu semua dimasak di hotel di tempat kami menginap dan dimakan sepanjang dalam perjalanan..

bergambar selepas makan


setelah perut kenyang

senyum meleret perut dah kenyang


CERITA, CERITI BARU

gambar bersama suami tercinta

Hai..hai...haiiii
Lama sungguh tak menulis dan ke udara.. nak wat cam na busy lagipun minat nak menulis tu kureng sikit tak la cam sesetengah member kita tu rajin.. yg ni malas sikit.. yalah dari snow turun sampai snow tak turun2 lagi (snow merajuk kut) tang tu lah gak doknya blog ni tak da perbezaan langsung..
Niat di hati nak menyambung citer dalam blog ni dah lama tapi al-maklumlah sibuk melayan cik abang yg baru tiba di WDC ni pulak 10 Dec. hari tu bersama razi.. Alhamdulillah razi dah selamat menjalani operationnya dan doa ibu ni mudah2an tiada lagi operation lain yang bakal dilaluinya lagi..

Sebut lak pasal cik abg. yg baru sampai ni, kenalah layan lebih sikit kang tak dilayan kecik hati susah nak pujuk dah tua-tua ni sensitif banyak so kita yang muda ni lah yang selalu kena mengalah.. InsyaAllah mudah2an banyak pahala untuk isteri mithali ni.. dari mula dia sampai sampailah hari nak balik shopping tak berenti.. balik kerja je terus bawa g shopping.. masalah gak bila husband lagi pandai shopping dari isteri.. kalu lebih pandai masak dari isteri tak pa coz boleh membantu di dapur tapi bila bab shopping ni terror dia dari kita hai penin kepala.. macam lily cakap lah kalu mak mertua dia ada kat sini masa sharidan ni sampai depa berdua ni leh ngamnyalah coz dua2 memanglah teramat terror shopping.. Anyway cik abang ni pun tak lama kat sini dah balik ke malaysia pun pada 29 Dec. 07 hari tu..

Sayu di hati hanya Allah je yang tau.. baru nak bersama dah berpisah kembali.. cam tulah adat kita yang bekerja jauh dari suami.. suka duka terpaksa dilalui demi khidmat untuk negara.. apa pun rintangan tetap tabah diharungi.. Itulah UMMI THE GREAT... YES!

di hadapan rumah di hari kepulangan suami tersayang

muka sedih siayah dan muka ceria sianak (tak kena bebelisation lagi)

Wednesday, December 5, 2007

SNOW DAH TURUNNNNNN...


tahun pertama mula-mula jumpa snow..

OOOO.... seputih kapas dan selembut salju.. tulah rasa snow masa mula-mula aku sampai di U.S. ni.. masa tu excited gilerr.. ketibaan snow memang dinantikan.. tapi bila dah tahun kedua ni perasaan tu biasa jerr tak lah macam mula-mula menyentuh snow... tapi snow kali ni agak lebat gak dan kasar-kasar.. sampaikan masa berjalan untuk mendapatkan kereta sempat lah juga tertelan snow yang masuk di mulut.. apa lagi telan jelah.. tak da rasa apa pun tawar jerrr.. tapi rasanya snow ni boleh disedapkan kalu dicampur dengan kacang merah, jagung, cincau, air gula merah, sirap dan buh ais krim seketul kat atasnya... macam yang k.eton/En. Aznan selalu buat bila kita berkelah kat park..
Bersempana dengan turunnya snow ni, kita nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada k.Jamilah yang b'daynya jatuh 5 Disember.. hari ni lerrr...yang ke berapa tak taulah.. Didoakan selamat panjang umur, murah rezeki serta berbahagia dengan keluarga tersayang sehingga ke akhir hayat...ada nak buat b'day party kerrr??? kalu ada jangan lupa jemput yaaaa..

Saturday, December 1, 2007

Salam Rindu

bila rindu abg... saya makan... bila rindu abg saya makan...

Salam....

Hari ini adalah hari yang penuh gemilang bagi aku kerana bermula detik dan saat ini terlancar blog aku khas untuk tatapan semua. 1 Disember 2007 adalah tarikh yang penuh bermakna dan tarikh keramat yang sentiasa dinanti-nantikan.. aku merasa amat bahagia... teringat pula pada suami dan anakku di Malaysia.. Bagaimanakah mereka.. tahukah kalian betapa aku amat merindukan kalian semua.. moga dengan terlancarlah blog ini kita akan sentiasa dekat di mata dan bertambah dekat di hati.. sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan aku selain dapat mengetahui perkembangan terkini kalian semua.. dengan adanya blog ini ia ibarat penghubung antara dua benua.. walaupun nampak jauh tapi ia mampu menghubungkan kita.. selalulah melayari blog ini.. kerana ia dapat mengubat kerinduan kita semua..

Salam rindu dari kejauhan....