Wednesday, December 5, 2007

SNOW DAH TURUNNNNNN...


tahun pertama mula-mula jumpa snow..

OOOO.... seputih kapas dan selembut salju.. tulah rasa snow masa mula-mula aku sampai di U.S. ni.. masa tu excited gilerr.. ketibaan snow memang dinantikan.. tapi bila dah tahun kedua ni perasaan tu biasa jerr tak lah macam mula-mula menyentuh snow... tapi snow kali ni agak lebat gak dan kasar-kasar.. sampaikan masa berjalan untuk mendapatkan kereta sempat lah juga tertelan snow yang masuk di mulut.. apa lagi telan jelah.. tak da rasa apa pun tawar jerrr.. tapi rasanya snow ni boleh disedapkan kalu dicampur dengan kacang merah, jagung, cincau, air gula merah, sirap dan buh ais krim seketul kat atasnya... macam yang k.eton/En. Aznan selalu buat bila kita berkelah kat park..
Bersempana dengan turunnya snow ni, kita nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada k.Jamilah yang b'daynya jatuh 5 Disember.. hari ni lerrr...yang ke berapa tak taulah.. Didoakan selamat panjang umur, murah rezeki serta berbahagia dengan keluarga tersayang sehingga ke akhir hayat...ada nak buat b'day party kerrr??? kalu ada jangan lupa jemput yaaaa..

Saturday, December 1, 2007

Salam Rindu

bila rindu abg... saya makan... bila rindu abg saya makan...

Salam....

Hari ini adalah hari yang penuh gemilang bagi aku kerana bermula detik dan saat ini terlancar blog aku khas untuk tatapan semua. 1 Disember 2007 adalah tarikh yang penuh bermakna dan tarikh keramat yang sentiasa dinanti-nantikan.. aku merasa amat bahagia... teringat pula pada suami dan anakku di Malaysia.. Bagaimanakah mereka.. tahukah kalian betapa aku amat merindukan kalian semua.. moga dengan terlancarlah blog ini kita akan sentiasa dekat di mata dan bertambah dekat di hati.. sesungguhnya tiada apa yang lebih membahagiakan aku selain dapat mengetahui perkembangan terkini kalian semua.. dengan adanya blog ini ia ibarat penghubung antara dua benua.. walaupun nampak jauh tapi ia mampu menghubungkan kita.. selalulah melayari blog ini.. kerana ia dapat mengubat kerinduan kita semua..

Salam rindu dari kejauhan....