Saturday, January 26, 2008

TUBING AT LIBERTY MOUNTAIN

menunggu sebelum turun tubing

di pertengahan jalan yang menyeronokkan

Hai seronoknyalah yang tak terhingga... hari ni dalam sejarah hidup buat pertama kalinya aku dan razi pergi tubing di Liberty Mountain... memang cantik dan menarik sungguh tempat ni. Bila terpandangkan bukit putih tinggi di hadapan mata ni.. dalam hati terus tertanya-tanya "boleh ke aku turun dari tempat yang tinggi ni ke bawah hanya dengan menggunakan tube??? Kecut perut gak dibuatnya mana tak masa pergi Florida naik roller coster husband ada bersama so semangat tu lainlah gak but this time hanya bergantung harap dan semangat dengan anak bujang sorang ni... tapi disebabkan semangat nak mencuba tu mengatasi segalanya maka for the first time in my life here I am - Ummi the great tubing!!!


razi dengan muka boringnya menunggu giliran untuk tubing


Ya Allah dalam hati masa tube tu menjunam ke bawah hanya Allah jerr yang tau cam mana kecutnya dan betap derasnya denyutan jantung ni berdegup tapi nasib baiklah aku ditemani oleh C.Siti Zubaidah yang berada di depan aku dan memegang tali tube sebelum ianya terus terjunam ke bawah... dalam terus menjunam tu sempat aku melihat betapa indahnya tempat di sekeliling tu dan terus aku menjerit, C.Siti one more time!!!! Fuh!! hilang rasa takut dah bila tubing ni rupanya begitu menyeronokkan... di tambah lagi dengan galakan dari kawan-kawan yang turut serta dalam rombongan Tubing di Liberty Mountain ni - En. Isham & family, C.Siti & Family, En. Zainal & family, Azah & family dan tidak ketinggalan dua orang bujang Mr. Amir and Mr. Ram Singh.. berbagai gaya terjunan dan menjunam ditunjukkan.. dari duduk hinggalah telentang/ terlangkup macam superman nak terbang.. budak-budak memang paling seronok tapi kalau tengok parentsnya lagilah kelakar.. Lily and K. Jamilah pun tak ketinggalan mencuba gaya superman (cayalah wa respect sama lu)..


En. Isham, Lily, Shahirah menunggu giliran masing-masing

Kalau nak citer keseronokkan tubing ni memang tak habis... so kalau ada siapa-siapa di antara rakan-rakan yang belum lagi mencuba tubing.. pergilah dan rasailah keseronokannya... lily kata next time kita datang tak main dah tubing kita main skating lak...

Anyway thank you to En. Isham yang sudi nak membawa kami-kami ni p tubing.. next time kalau p lagi jangan lupa kami ya... (next time may be we can go for skating)



dah selamat turun (masih boleh senyum lagi)


Lily, Tatik & Ummi on the way nak g beratur tubing lagi (excited gilerrr..)


Kami juga bertempung dengan k.saimun & family yang tiba lebih kurang jam 10.00 a.m. Apa lagi bertambah excited la budak-budak ni bila dah bertambah member hinggakan tak sedar masa 2 jam yang diberi begitu singkat (dari jam 9.00 - 11.00 pg.). Anak-anak yang sedang excited (Honey & Aishah especially) terpaksa dipanggil untuk berhenti coz dari jauh dah nampak macam nak beratur lagi.. So lebih kurang jam 11.30 a.m. kami meninggalkan Liberty Mountain dan menuju pula ke sebuah lake yang berhampiran untuk mengisi perut yang dah mula bernyanyi-nyanyi... Perjalanan seterusnya... Hagez Town..


Fuh sedapnya nasi lemak... lapar sungguh ni!!!



anak-anak yang begitu excited dengan tubing


bergambar bersama di lake selepas makan


keceriaan, keseronokan dan kepuasan selepas tubing dan makan

Note : Untuk suami tersayang... t bila abg datang mie bawak g tubing yeeeee...

No comments: